Pages

Tuesday 10 September 2013

Tender Perolehan Kerajaan Yang Anda Patut Tahu

Tender Perolehan Kerajaan

Artikel kali ini saya akan kongsikan sedikit mengenai tender kerajaan. Bila sebut mengenai tender perkara pertama anda  perlu ingat adalah nilainya di atas RM500,001. Ini paling penting! Kerana ada yang masuk tender meletak harga di bawah nilai yang disebutkan tadi. Ini adalah satu kesilapan yang besar dan tidak harus dilakukan.

Perkara kedua, tender kerajaan ada 4 kategori

1. Tender Terbuka
2. Tender Terhad

3. Tender Secara Pra-Kelayakan
4. Tender Rundingan Terus


Mari saya ceritakan lebih dalam  tentang kategori tender ini. Tender Terbuka dan Tender Terhad terbahagi kepada 4 jenis iaitu:

1. Tender Terbuka/Terhad Tempatan
2. Tender Terbuka/Terhad Antarabangsa

3. Tender Terbuka/Terhad Bumiputera
4. Tender Terbuka/Terhad Pembuat/Pengilang


Dua lagi kategori tender adalah Tender Secara Pra-Kelayakan dan Tender Rundingan Terus. Tender Secara Pra-Kelayakan, akan dilakukan oleh Jabatan atau Agensi kerana sebelum ia tender dikeluarkan Jabatan perlu menentukan kreteria projek dan kelayakan kontraktor yang akan menyertai tender tersebut.

Bagi Tender Rundingan Terus akan dilakukan oleh Jabatan atau Agensi bagi mendapatkan perkhidmatan perunding (consultant). Jabatan haruslah menguruskan tender ini mengikut tatacara yang telah ditetapkan dengan menyediakan menyediakan skop kerja yang perlu dilaksanakan oleh kontraktor.

Sampai di sini dulu perkongsian saya dalam artikel kali ini. Saya nasihatkan anda yang berminat untuk dapatkan segera ebook Rahsia Memenangi Perolehan Kerajaan kerana Jabatan dan Agensi kerajaan sekarang sedang giat mengeluarkan sebutharga dan tender kerana akaun akan ditutup pada hujung tahun dan semua Jabatan dan Agensi perlu menghabiskan peruntukan yang telah mereka minta.

Lihat di sini sekarang! >>> Perolehan Kerajaan

No comments:

Post a Comment