Pages

Sunday 8 September 2013

Berapa Peratus Nak Mark Up Untuk Sebut Harga Kerajaan

Salam,

Pada kali ini saya akan kongsikan satu rahsia besar. Jika dalam pengurusan dokumen kerajaan, fail bertanda Rahsia Besar berwarna kuning dan berpalang(X).

Rahsia ini membolehkan anda berpotensi besar untuk menang dalam sebutharga atau tender yang anda sertai.

Apa rahsianya?
Harga, selepas anda melengkapkan dokumen spesifikasi teknikal sebutharga/tender, anda perlu melengkapkan dokumen spesifikasi harga. Ini bagi membolehkan jawatankuasa harga menilai kekuatan syarikat anda dan harga yang anda tawarkan untuk sebut harga atau tender yang cuba anda menangi.

  • Persoalan dikalangan kontraktor/usahawan baru, berapa peratus saya nak mark-up harga?
  • Adakah boleh saya mark-up sehingga 100%?
  • Berapa harga paling sesuai untuk anda mark-up?


Mark Up Sebut Harga Kerajaan


Saya akan berikan anda jawapannya mengikut kebiasaan yang saya lakukan semasa menyediakan dokumen sebut harga atau tender.

Mengikut peraturannya sebelum sesuatu sebut harga atau tender dikeluarkan, pihak yang melaksanakan perolehan kerajaan akan terlebih dahulu membuat kajian pasaran bagi semua produk bekalan atau perkhidmatan yang akan dimasukkan ke dalam sebut harga atau tender yang akan dikeluarkan.

Kajian pasaran dilakukan dengan menghubungi beberapa kontraktor yang biasa dan mempunyai hubungan baik dengan mereka untuk membantu dalam menyediakan quotation produk bekalan atau perkhidmatan yang diperlukan, sekurang-kurangnya 3 – 5 sebut harga diperlukan untuk tujuan ini.

Setelah mendapat semua quotation dan telah mengetahui harga produk dan perkhidmatan tersebut secara keseluruhan. Biasanya pihak jabatan yang menyediakan dokumen sebut harga atau tender dan memohon peruntukan akan mark-up sebanyak 20 – 25 peratus dari purata harga yang diberikan. Ia bertujuan agar peruntukan yang telah diminta mencukupi untuk meneruskan proses mengeluarkan sebut harga atau tender.

Anda  boleh menggunakan formula rahsia besar ini sebagai senjata dan menjadi panduan dalam menetapkan harga untuk sebut harga atau tender yang disertai. Lihat Rahsia Memenangi Perolehan Kerajaan 

No comments:

Post a Comment