Pages

Sunday 8 September 2013

Membekal Item Dalam Perolehan Kerajaan

Salam,

Persoalan yang akan dijawab kali ini adalah berkenaan dengan Perolehan Kerajaan secara Pembelian Terus, saya akan menerangkan apakah yang dimaksudkan dengan setiap jenis item dalam perolehan ini. 

Anda perlu diketahui setiap jenis item merujuk kepada pembelian terus bekalan dan perkhidmatan sehingga RM50,000 setahun dari mana-mana pembekal tidak kira sama ada pembekalan berdaftar atau tidak berdaftar dengan Kementerian Kewangan (MOF) dan sama ada pembekal bertaraf Bumiputera atau tidak.

Membekal Item


Maksud setiap jenis item boleh ditafsirkan berdasarkan kepada contoh-contoh berikut:

1. Pelbagai alat ganti yang berbeza bagi kenderaan yang sama adalah ditafsirkan sebagai jenis item yang berbeza disebabkan fungsi itemnya yang berbeza. Walau bagaimanapun, alat ganti gunasama atau proprietary item dikira daripada jenis item yang sama walaupun digunakan pada kenderaan yang berlainan

2. Item pelbagai saiz hendaklah ditafsirkan sebagai satu jenis item sahaja walaupun terdiri daripada saiz yang berlainan kerana ia diperolehi daripada punca bekalan yang sama. Contohnya, pembelian pelbagai saiz paku (1 inci atau 1 ½ inci), cermin, kasut dan bendera.

3. Set sofa model X adalah merangkumi pelbagai jenis kerusi (sama ada kerusi 1 tempat duduk atau 3 tempat duduk) yang mana terdiri daripada beberapa kerusi dan meja, ditafsirkan kepada satu jenis item.  Namun, jika pembelian perabot tersebut terdiri daripada kerusi banquet dan set sofa, maka kerusi banquet dan set sofa dikira sebagai jenis item yang berbeza.  Walau bagaimanapun, jika kedua-duanya boleh dibeli daripada pembekal yang sama, Jabatan atau Agensi hendaklah memastikan kaedah pembelian hendaklah ditentukan berdasarkan nilai keseluruhan.

Saya harap anda faham apa yang cuba disampaikan di atas. Inilah ilmu dan pengalaman yang perlu anda ketahui apabila ingin berurusniaga dengan pihak Kerajaan. Ia nampak sukar pada mulanya, tetapi lama lama bila anda sudah biasa, ia akan menjadi kepakaran anda pula

Lihat Perolehan Kerajaan 

No comments:

Post a Comment