Pages

Showing posts with label kontrak kerajaan. Show all posts
Showing posts with label kontrak kerajaan. Show all posts

Thursday, 12 September 2013

Adakah Syarikat Anda Layak Sertai Sebutharga Kerajaan?

Sebut Harga Kerajaan






Kali  ini saya akan bincangkan sedikit mengenai siapa yang layak menyertai Sebutharga yang dikeluarkan oleh Jabatan atau Agensi kerajaan.

Syarikat anda layak untuk menyertainya jika memenuhi syarat-syarat yang saya nyatakan di bawah ini:

1. Untuk Sebutharga Kerja Bagi kerja sehingga RM200,000,  kontraktor/syarikat yang berdaftar dengan Pusat  Khidmat Kontraktor(PKK) yang bertaraf Bumiputera dengan kelas F di bawah kepala /sub  kepala yang berkaitan dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia(CIDB). 

Bagi kerja melebihi RM200,000 hingga  RM500,000, kontraktor/syarikat yang berdaftar dengan PKK dengan kelas E di bawah kepala/sub  kepala yang berkaitan dan CIDB.
2. Untuk menyertai sebutharga Bekalan/ Perkhidmatan Pembekal/syarikat yang bertaraf Bumiputera dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan di  bawah kod bidang berkaitan bagi sebut harga  melebihi RM50,000 hingga RM100,000.


Pembekal/syarikat (Bumiputera/ Bukan  Bumiputera) yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan di bawah kod bidang berkaitan bagi sebut harga melebihi RM100,000 hingga RM500,000.

Pasti anda lebih tahu dimana kedudukan dan kelayakan syarikat anda. Jadi inilah dia syarat yang perlu dipatuhi, ia tidak susah kan?

Jika anda rasakan ia berat, cuba bayangkan pula apa yang akan ada perolehi dari sebutharga yang akan anda menangi nanti. Sudah pasti keuntungan yang berkali ganda dari yang syarikat anda perolehi sekarang. 

Sebelum saya akhiri artikel ini, sekali lagi saya ingatkan anda untuk melabur dalam mempersiapkan diri dalam menyertai perolehan kerajaan, ini bukan untuk siapa, untuk diri anda juga. Pastikan anda dapatkan ebook Rahsia Memenangi Perolehan Kerajaan sebelum kuota jualan penuh dan jualan ditutup.

Sunday, 8 September 2013

Syarikat Bumiputera Diutamakan Dalam Perolehan Kerajaan

Syarikat Bumiputera mempunyai nilai peratus keutamaan untuk memenangi perolehankerajaan. Keutamaan ini adalah diberikan bagi mengekalkan daya saing dikalangan kontraktor Bumiputera agar dapat bersaing dengan kontraktor bukan Bumiputera. Dari segi definisi sebuah syarikat diiktiraf sebagai sebuah syarikat Bumiputera jika memenuhi kreteria seperti berikut: 

  • Sekurang-kurangnya 51 peratus daripada pemilikan saham syarikat dimiliki oleh Bumiputera dimana pemilikan saham individu Bumiputera hendaklah  melebihi saham individu bukan Bumiputera
  • Sekurang-kurangnya 51 peratus daripada Lembaga Pengarah syarikat dipegang oleh Bumiputera
  • Jawatan Ketua Eksekutif, Pengarah Urusan atau Pengurus Besar dan jawatan-jawatan penting lain (key post) hendaklah dipegang oleh Bumiputera
  • Sekurang-kurangnya 51 peratus daripada pekerja syarikat hendaklah terdiri dari Bumiputera
  • Pengurusan kewangannya hendaklah dikuasai oleh Bumiputera

Syarikat Bumiputera


Carta organisasi dan fungsi pengurusan syarikat hendaklah menunjukkan penguasaan sepenuhnya oleh Bumiputera.

Pemberian taraf Bumiputera dan pengeluaran sijil kepada sesebuah syarikat yang layak bagi bidang bekalan dan perkhidmatan akan dibuat oleh Kementerian Kewangan sahaja dan bidang kerja akan dibuat oleh PKK sahaja.

Bagi perolehan yang melebihi RM 100,000, Jabatan atau Agensi kerajaan dikehendaki memberi keutamaan harga kepada syarikat Bumiputera untuk perolehan bekalan dan perkhidmatan mengikut peratusan yang telah ditetapkan seperti  di bawah:

Nilai Perolehan Peratusan Keutamaan

Melebihi RM 100,000 hingga RM 500,000 sebanyak 10 peratus
Melebihi RM 500,000 hingga RM 1.5 juta sebanyak 7 peratus
Melebihi RM 1.5 juta hingga RM 5 juta sebanyak 5 peratus
Melebihi RM 5 juta hingga RM 10 juta sebanyak 3 peratus
Melebihi RM 10 juta hingga RM 15 juta sebanyak 2.5 peratus

Keutamaan harga ini adalah berdasarkan kepada nilai tawaran terendah dan boleh diterima dari syarikat Bukan Bumiputera.

Contohnya tawaran terendah yang diterima oleh syarikat Bukan Bumiputera dalan sebuah tender adalah RM 10 juta. Maka peratus keutamaan adalah 5 peratus.

Kiraannya adalah RM 10 juta X 5 peratus = RM 500,000

Jika satu syarikat Bumiputera memasuki tender tersebut dengan RM 10.5 juta, syarikat tersebut layak diberi keutamaan untuk memenangi tender tersebut dgn syarat melepasi keperluan teknikal. Walaupun terdapat syarikat bukan bumiputera yang menawarkan harga lebih rendah dari nilai tersebut.

Untuk lebih maklumat dalam perolehan kerajaan dan bagaimana untuk anda memenangi perolehan kerajaan. Lihat Rahsia Memenangi Perolehan Kerajaan. 

Macam Mana Nak Tahu Bajet Perolehan Kerajaan

Salam Mesra,

Kali ini saya akan kongsikan tentang bagaimanakah penentuan harga dilakukan? dan bagaimana harga yang dikenakan bagi perolehan kerajaan secara pembelian terus adalah harga yang berpatutan?

Untuk makluman anda, adalah menjadi satu kewajipan setiap pegawai yang menguruskan perolehan membuat kajian pasaran bagi memastikan harga bekalan atau perkhidmatan yang hendak diperolehi adalah berpatutan dan menguntungkan Kerajaan. Pegawai hendaklah menentukan tawaran harga bekalan atau perkhidmatan yang hendak diperolehi adalah berpatutan setelah mengambil kira kualiti, harga, kegunaan barang itu dan faktor-faktor lain yang berkaitan termasuk kos penghantaran, tempoh waranti, khidmat selepas jualan dan sebagainya.

Bajet Perolehan Kerajaan



Proses ini dinamakan kajian pasaran, ia hendaklah dibuat terlebih dahulu bagi mendapatkan sebut harga secara tidak rasmi daripada beberapa pembekal/syarikat sebelum perolehan dilaksanakan. Walau bagaimanapun, sebut harga tidak rasmi tersebut tidak perlu dibuka, dijadualkan atau dipilih oleh Jawatankuasa Sebut Harga. 

Jika anda mempunyai hubungan yang baik dengan pegawai tersebut, pastinya beliau akan meminta sebut harga dengan anda. Di sini anda telah mendapat kepercayaan dari pegawai tersebut untuk memberikan harga mengikut spesifikasi yang diperlukan. Sudah pasti anda dapat menganggarkan berapakah peruntukan atau bajet perolehan tersebut kerana anda yang memberikan anggaran harga sebelum perolehan itu diiklankan. Pastinya anda tahu apa yang patut dilakukan!

Jangan sesekali berhenti menuntut ilmu dan menambah pengetahuan anda. Jangan sesekali kedekut dalam melaburkan sedikit wang untuk membangunkan diri ke tahap lebih tinggi. Lihat Rahsia Memenangi Perolehan Kerajaan

Berapa Peratus Nak Mark Up Untuk Sebut Harga Kerajaan

Salam,

Pada kali ini saya akan kongsikan satu rahsia besar. Jika dalam pengurusan dokumen kerajaan, fail bertanda Rahsia Besar berwarna kuning dan berpalang(X).

Rahsia ini membolehkan anda berpotensi besar untuk menang dalam sebutharga atau tender yang anda sertai.

Apa rahsianya?
Harga, selepas anda melengkapkan dokumen spesifikasi teknikal sebutharga/tender, anda perlu melengkapkan dokumen spesifikasi harga. Ini bagi membolehkan jawatankuasa harga menilai kekuatan syarikat anda dan harga yang anda tawarkan untuk sebut harga atau tender yang cuba anda menangi.

  • Persoalan dikalangan kontraktor/usahawan baru, berapa peratus saya nak mark-up harga?
  • Adakah boleh saya mark-up sehingga 100%?
  • Berapa harga paling sesuai untuk anda mark-up?


Mark Up Sebut Harga Kerajaan


Saya akan berikan anda jawapannya mengikut kebiasaan yang saya lakukan semasa menyediakan dokumen sebut harga atau tender.

Mengikut peraturannya sebelum sesuatu sebut harga atau tender dikeluarkan, pihak yang melaksanakan perolehan kerajaan akan terlebih dahulu membuat kajian pasaran bagi semua produk bekalan atau perkhidmatan yang akan dimasukkan ke dalam sebut harga atau tender yang akan dikeluarkan.

Kajian pasaran dilakukan dengan menghubungi beberapa kontraktor yang biasa dan mempunyai hubungan baik dengan mereka untuk membantu dalam menyediakan quotation produk bekalan atau perkhidmatan yang diperlukan, sekurang-kurangnya 3 – 5 sebut harga diperlukan untuk tujuan ini.

Setelah mendapat semua quotation dan telah mengetahui harga produk dan perkhidmatan tersebut secara keseluruhan. Biasanya pihak jabatan yang menyediakan dokumen sebut harga atau tender dan memohon peruntukan akan mark-up sebanyak 20 – 25 peratus dari purata harga yang diberikan. Ia bertujuan agar peruntukan yang telah diminta mencukupi untuk meneruskan proses mengeluarkan sebut harga atau tender.

Anda  boleh menggunakan formula rahsia besar ini sebagai senjata dan menjadi panduan dalam menetapkan harga untuk sebut harga atau tender yang disertai. Lihat Rahsia Memenangi Perolehan Kerajaan 

Bagaimana Nak Jadi Pembekal Tender Kerajaan

Salam Usahawan,

Melalui post di blog ini saya akan membantu anda untuk menjadi usahawan/peniaga/pembekal/kontraktor serta berkongsi rahsia, pengetahuan, dan pengalaman dalam menjalankan urusan perniagaan melalui perolehan kerajaan. Seperti yang anda sedia maklum kerajaan Malaysia membelanjakan ratusan billion ringgit setahun untuk menguruskan kerajaan dan memberikan kemudahan kepada rakyat dengan cara perolehan kerajaan yang seperti pembelian terus, sebut harga dan tender.

Untuk menjadikan anda dan syarikat anda,  mahir dalam menyertai perolehan kerajaan ia adalah memakan masa, untuk menang sesuatu perolehan adalah satu perolehan adalah sesuatu yang amat diperlukan untuk terus maju dan kekal bersaing. Bagaimana untuk menang? Jika anda,  perlukan masa yang panjang untuk belajar dan memahami segala peraturan dan syarat serta apa yang diperlukan oleh kerajaan dalam sesebuah perolehan sama ada secara pembelian terus, sebutharga atau tender.

Saya berikan anda kemudahan dan jalan singkat di mana anda walaupun baru bermula dalam bidang ini mempunyai peluang untuk menang dan menjana ribuan ringgit. Saya kongsikan segala rahsia disebalik perolehan kerajaan dan ajarkan anda segala peraturan dan syarat yang diperlukan. Saya juga berikan tips yang anda tidak akan dapat dimana-mana melainkan melalui bertahun-tahun pengalaman dalam menguruskan perolehan kerajaan.